Bagaimana Untuk Mendaftar Akaun Infoblast?

Untuk menggunakan perkhidmatan Infoblast, anda mesti terlebih dahulu mendaftar untuk mendapatkan akaun Infoblast.

Untuk mendaftar, layari www.infoblast.com.my.

Pastikan anda menyediakan:
  • Bil telefon TM anda.
  • Kertas dan pen untuk mencatat maklumat pendaftaran.

UNTUK MENDAFTAR AKAUN INFOBLAST

Langkah 1:
  • Pergi ke laman www.infoblast.com.my.
  • Klik "Register"


Langkah 2:
  • Jika anda ingin mendaftar menggunakan telefon rumah anda, klik "Residential Registration".
  • Jika anda ingin mendaftar menggunakan telefon pejabat anda, klik "Business Registration".


Langkah 3: Masukkan maklumat telefon anda:
  • No akaun (anda boleh merujuk bil telefon anda)
  • Nombor telefon yang ingin didaftarkan (mesti sama dengan nombor telefon yang tertera di bil)
  • Nombor kad pengenalan (jika mendaftar telefon rumah. Nombor kad pengenalan mesti sama dengan nombor kad pengenalan yang digunakan untuk mendaftar telefon)
  • Nombor rujukan Syarikat (jika mendaftar telefon pejabat. Nombor rujukan Syarikat mesti sama dengan nombor rujukan yang digunakan untuk mendaftar telefon).
  • Klik "Next"


Langkah 4: Isikan maklumat akaun Infoblast anda
  • Pilih nama Infoblast yang anda ingin gunakan. Anda boleh klik pada "Check availability" untuk memastikan nama yang anda pilih masih belum digunakan oleh orang lain. Nama Infoblast anda mesti di antara 6 hingga 15 aksara.
  • Masukkan kata laluan.
  • Masukkan kata laluan sekali lagi bagi tujuan pengesahan.
  • Masukkan email anda. Email ini akan digunakan untuk memaklumkan tentang status akaun dan juga untuk mengirim kata laluan jika anda terlupa kata laluan anda.
  • Pilih salah satu soalan keselamatan, dan berikan jawapannya. Soalan keselamatan ini akan ditanya kembali jika anda lupa kata laluan anda.
  • Baca terma dan syarat perkhidmatan yang tertera. Jika anda bersetuju dengan terma dan syarat berkenaan dan ingin memeruskan pendaftaran, klik "I accept. Create my account".

Jika pendaftaran anda berjaya, anda akan diberi mesej seperti berikut:

Klik "OK"

Anda akan diberi maklumat-maklumat penting berkenaan berkenaan pendaftaran anda. Simpan maklumat tersebut dengan selamat (terutama sekali nombor PIN, nama Infoblast dan kata laluan!) Maklumat berkenaan diperlukan bagi tujuan pengesahan nanti.

Selepas langkah ini, pendaftaran anda telah selesai. Tetapi sebelum anda boleh menggunakan akaun Infoblast anda, anda mesti terlebih dahulu megesahkan bahawa anda benar-benar tuan punya telefon yang telah anda daftar.


UNTUK MENGESAHKAN TELEFON ANDA:

Langkah 1: Pergi ke telefon anda.

Anda mesti menggunakan telefon yang telah anda daftarkan di atas. Anda tidak boleh membuat pengesahan daripada telefon lain!


Langkah 2: Dial 1-300-888-666

Ini adalah nombor telefon Infoblast. Dengar arahan yang dimainkan.
  • Buat pilihan bahasa ( Pilih 1 untuk Bahasa Malaysia, Pilih 2 untuk Bahasa Inggeris)
  • Kemudian pilih 1 untuk "peti pesanan ini" / "this fixed line"

Langkah 3: Masukkan nombor PIN

Apabila diminta, masukkan nombor PIN anda. Nombor PIN telah diberikan semasa anda mendaftar di portal.

PERHATIAN:
  • Nombor PIN ini hanya sah untuk 3 hari sahaja. Jika anda tidak membuat pengesahan di dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran, PIN ini akan terbatal dan anda perlu mendaftar sekali lagi di www.infoblast.com.my.
  • Anda mempunyai 3 percubaan untuk memasukkan nombor PIN yang sah. Jika anda gagal untuk memasukkan nombor PIN yang betul sebanyak 3 kali, PIN ini akan terbatal dan anda perlu mendaftar sekali lagi di www.infoblast.com.my.

Selepas anda mendaftar dan membuat pengesahan, anda sudah bersedia untuk menggunakan perkhidmatan Infoblast.
Sila layari www.infoblast.com.my dan masukkan nama Infoblast dan kata laluan anda untuk mula menggunakan Infoblast.

1 comment:

SK DATO' ABU BAKAR BAGINDA, 43000 KAJANG, SELANGOR said...

saya Pn Rabitah bt Jalaludin, Guru Besar SK Dato Abu Bakar Baginda, Jalan Sg Merab, 43000 Kajang. Saya ingin menggunakan infoblast utk sek dan ibubapa.. Bil telefon skg di bayar oleh Kem.Pelajaran Malaysia.. manakala infoblast akn d bayar oleh PIBG.. Saya perlu menambah satu lg talian khas utk infoblast sahaja , supaya mudah PIBG membuat kewangannya.. Minta pihak TM menambah satu lg talian kesekolah saya ... Berapa byrn yg perlu d bayar?..