Apa Itu Infoblast?

Apa itu Infoblast?

Secara ringkasnya, Infoblast adalah satu pekhidmatan online yang membolehkan anda menghantar mesej melalui komputer ke telefon mudah alih.


Apa Bentuk Mesej Yang Boleh Dihantar?

Anda boleh menghantar SMS dan pesanan suara.


Apa Yang Anda Perlu Untuk Menggunakan Infoblast?

Anda cuma perlu ada telefon talian tetap TM dan komputer yang boleh mengakses internet.


Bagaimana Untuk Mula Menggunakan Infoblast?

Anda perlu mendaftar untuk mendapatkan akaun Infoblast. Pendaftaran boleh dibuat secara online di www.infoblast.com.my. Langkah-langkah untuk mendaftar boleh didapati di sini.


Bagaimana Untuk Menghantar Mesej Menggunakan Infoblast?

Bagi pengguna-pengguna yang sudah biasa dengan Microsoft Outlook, Google Mail atau Yahoo Mail, Infoblast amat mudah digunakan. Keterangan lengkap tentang cara menghantar mesej menggunakan Infoblast boleh didapati di sini.

Caj Kegunaan

Bayaran Pendaftaran : PERCUMA

Bayaran Bulanan : PERCUMA

Bayaran penghantaran setiap mesej:

Bagi mesej kurang dari 50,000 unit setiap kitaran bil : 12 sen setiap mesej
Bagi mesej kurang antara 50,000 unit hingga 100,000 unit setiap kitaran bil : 11 sen setiap mesej
Bagi mesej melebihi 100,000 unit setiap kitaran bil : 10 sen setiap mesej

Bagaimana Untuk Mendaftar Akaun Infoblast?

Untuk menggunakan perkhidmatan Infoblast, anda mesti terlebih dahulu mendaftar untuk mendapatkan akaun Infoblast.

Untuk mendaftar, layari www.infoblast.com.my.

Pastikan anda menyediakan:
  • Bil telefon TM anda.
  • Kertas dan pen untuk mencatat maklumat pendaftaran.

UNTUK MENDAFTAR AKAUN INFOBLAST

Langkah 1:
  • Pergi ke laman www.infoblast.com.my.
  • Klik "Register"


Langkah 2:
  • Jika anda ingin mendaftar menggunakan telefon rumah anda, klik "Residential Registration".
  • Jika anda ingin mendaftar menggunakan telefon pejabat anda, klik "Business Registration".


Langkah 3: Masukkan maklumat telefon anda:
  • No akaun (anda boleh merujuk bil telefon anda)
  • Nombor telefon yang ingin didaftarkan (mesti sama dengan nombor telefon yang tertera di bil)
  • Nombor kad pengenalan (jika mendaftar telefon rumah. Nombor kad pengenalan mesti sama dengan nombor kad pengenalan yang digunakan untuk mendaftar telefon)
  • Nombor rujukan Syarikat (jika mendaftar telefon pejabat. Nombor rujukan Syarikat mesti sama dengan nombor rujukan yang digunakan untuk mendaftar telefon).
  • Klik "Next"


Langkah 4: Isikan maklumat akaun Infoblast anda
  • Pilih nama Infoblast yang anda ingin gunakan. Anda boleh klik pada "Check availability" untuk memastikan nama yang anda pilih masih belum digunakan oleh orang lain. Nama Infoblast anda mesti di antara 6 hingga 15 aksara.
  • Masukkan kata laluan.
  • Masukkan kata laluan sekali lagi bagi tujuan pengesahan.
  • Masukkan email anda. Email ini akan digunakan untuk memaklumkan tentang status akaun dan juga untuk mengirim kata laluan jika anda terlupa kata laluan anda.
  • Pilih salah satu soalan keselamatan, dan berikan jawapannya. Soalan keselamatan ini akan ditanya kembali jika anda lupa kata laluan anda.
  • Baca terma dan syarat perkhidmatan yang tertera. Jika anda bersetuju dengan terma dan syarat berkenaan dan ingin memeruskan pendaftaran, klik "I accept. Create my account".

Jika pendaftaran anda berjaya, anda akan diberi mesej seperti berikut:

Klik "OK"

Anda akan diberi maklumat-maklumat penting berkenaan berkenaan pendaftaran anda. Simpan maklumat tersebut dengan selamat (terutama sekali nombor PIN, nama Infoblast dan kata laluan!) Maklumat berkenaan diperlukan bagi tujuan pengesahan nanti.

Selepas langkah ini, pendaftaran anda telah selesai. Tetapi sebelum anda boleh menggunakan akaun Infoblast anda, anda mesti terlebih dahulu megesahkan bahawa anda benar-benar tuan punya telefon yang telah anda daftar.


UNTUK MENGESAHKAN TELEFON ANDA:

Langkah 1: Pergi ke telefon anda.

Anda mesti menggunakan telefon yang telah anda daftarkan di atas. Anda tidak boleh membuat pengesahan daripada telefon lain!


Langkah 2: Dial 1-300-888-666

Ini adalah nombor telefon Infoblast. Dengar arahan yang dimainkan.
  • Buat pilihan bahasa ( Pilih 1 untuk Bahasa Malaysia, Pilih 2 untuk Bahasa Inggeris)
  • Kemudian pilih 1 untuk "peti pesanan ini" / "this fixed line"

Langkah 3: Masukkan nombor PIN

Apabila diminta, masukkan nombor PIN anda. Nombor PIN telah diberikan semasa anda mendaftar di portal.

PERHATIAN:
  • Nombor PIN ini hanya sah untuk 3 hari sahaja. Jika anda tidak membuat pengesahan di dalam tempoh 3 hari selepas pendaftaran, PIN ini akan terbatal dan anda perlu mendaftar sekali lagi di www.infoblast.com.my.
  • Anda mempunyai 3 percubaan untuk memasukkan nombor PIN yang sah. Jika anda gagal untuk memasukkan nombor PIN yang betul sebanyak 3 kali, PIN ini akan terbatal dan anda perlu mendaftar sekali lagi di www.infoblast.com.my.

Selepas anda mendaftar dan membuat pengesahan, anda sudah bersedia untuk menggunakan perkhidmatan Infoblast.
Sila layari www.infoblast.com.my dan masukkan nama Infoblast dan kata laluan anda untuk mula menggunakan Infoblast.